Found.

Old Bible found.

Advertisements

Yusof Rono.

*TERASA SEPERTI DARAH DAN NYAWA DIINJAK2*

Saya melihat video wawancara bersama calon DAP yang merupakan cucu kepada seorang pengganas Parti Komunis Malaya dengan penuh jengkel dan menyedihkan.

1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat wira Bukit Kepong Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.

10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam! Bukan hanya Mat Indera saja Melayu yang menjadi tali barut Komunis, tetapi juga ada Melayu2 lain seperti Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Beliau bercerita tentang sahabat2 polisnya dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang Melayu seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah diletakkan keturunan mereka sebagai calon pilihanraya dan dengan bangga mereka memuji datuk dan nenek mereka yang merupakan pengkhianat negara sebagai pejuang pula!

18. Pujian2 sebegini serta usaha mengiktiraf para pengganas komunis ini seolah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

19. Para pejuang kemerdekaan kita sentiasa berusaha membebaskan negara kita dan mahukan kedaulatan negara ini terpelihara di bawah naungan Raja2 Melayu. Komunis pula menentang dan memerangi Raja2 Melayu. Mana mungkin kita menerima mereka ini sebagai pejuang? Dasar2 komunisme tidak memungkin negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Apakah ini sebabnya dikatakan oleh cucu komunis ini bahawa Malaysian Malaysia dekat di hatinya?

20. Mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara sehingga mereka menyerah kalah pada 1989.

21. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

22. Dan kini kita mengangkat pula anak cucu komunis ini sebagai calon pilihanraya? Malah tidak asing bagi para pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang kebebasan negara.

23. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

24. Dan kini keturunan mereka ini diletakkan pula sebagai calon PRU dengan sengaja. Seolah2 diletakkan bagi mempertahankan, mendapat pengiktirafan dan membawa suara datuk dan nenek mereka kembali ke negara kita.

25. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkuasa, maka sejarah akan diubah. Dato Onn, Tunku Abdul Rahman dan UMNO akan disebut sebagai perkakas British. Manakala mereka yang memerangi negara ini mengangkat senjata sehingga 1989 pula akan dikatakan sebagai pejuang kebangsaan yang sebenar!

Nauzubillahi min zalik!

Saya menulis artikel ini di atas kapasiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

#NegaraKu

AG.

SPR yang kendalikan PRU14

Bersih mengadu kepada PM bahawa wujud salahlaku di pihak SPR ketika mengendalikan PRU14

PM minit kan surat aduan Bersih berkenaan kpd AG

AG menasihatkan PM utk menubuhkan Tribunal Khas bagi memecat Anggota SPR

AG merahsiakan dari pengetahuan PM bahawa kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan.

AG membiarkan PM mengadap Timb YDPA dan mempersembahkan Representasi kpd YDPA bahawa satu Tribunal Khas perlu di wujud kan utk menyiasat salahlaku dan jika benar wujud salahlaku berkenaan maka kesemua 6 Anggota SPR berkenaan harus di pecat.

AG masih merahsiakan dari pengetahuan PM bahawa kesemua 6 orang Anggota berkenaan telah meletakkan jawatan.

AG gagal menasihatkan PM bahawa Tribunal tidak boleh memecat mereka yg telah meletakkan jawatan.

Tribunal yg di tubuh kan di bawah Perkara 125(3) hanya mempunyai 1 kuasa iaitu kuasa memecat.

DI BAWAH PRINSIP RULE OF LAW, SESEORANG YANG TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DI PECAT

DISEBABKAN TRIBUNAL INI TIDAK LAGI BOLEH MEMECAT JADI TIADA ASAS UNDANG2 UNTUK TRIBUNAL INI MENYIASAT SEBARANG ADUAN SALAH LAKU KERANA IANYA MEMBUANG MASA TRIBUNAL KERANA AKHIRNYA TAK BOLEH PECAT ORANG YG TELAH MELETAK JAWATAN.

Selepas PM menasihati Timb YDPA utk menubuhkan Tribunal ini, YDPA telah berkenan utk bersetuju dengan cadangan PM

AG sekali lagi GAGAL menjalankan tugas Perlembagaan beliau utk menasihati YDPA dan memaklumkan kepada Baginda bahawa sebenarnya pada Tarikh Perkenan Tuanku itu, kesemua Anggota SPR berkenaan telah meletakkan jawatan.

Jika AG menasihatkan PM dan YDPA dan tidak menyembunyikan maklumat ini dari pengetahuan PM dan YDPA maka besar kemungkinan tidak wujud KESIPUAN pada hari Persidangan Tribunal seperti yg berlaku pada hari ini.

Perjalanan Tribunal hari ini yg di anggota 5 orang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi Negara) telah berlangsung dgn keadaan penuh kesipuan kerana masing2 memahami bahawa prosiding ini adalah hasil dari KECUAIAN DAN KESILAPAN AG yang gagal menjalankan tugas beliau.

Di sebabkan itu, yang melakukan “Salahlaku” sekarang adalah AG dan suatu Tribunal Khas perlu di bentuk di bawah Perkara 125(3) Perlembagaan utk memecat Peguam Negara.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412

https://m.malaysiakini.com/news/462042

Tn azam…ingatkan tribunal untuk siasat salah laku ketua hakim dan ag berjoget lambak ….😀😉😂
Kalau ini rakyat setuju….tribunal untuk siasat perangai dan tatatusila ketua hakim.dan ag didlm menjaga imej dan perilaku mereka…
Anak.anak dicatu makanan ….berapa lah kos agaknye bila mereka beria ria nak tubuh tribunal ini…..sapa lah yg untung…correct correct …correct…..suara sama….tapi muka tak sama😎😋🤣